Nadi X Kesedaran: Taklimat Pembelian Dalam Talian Sesi Julai 2026

13 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2026 jam 10.30 pagi dan 12 Julai 2026 jam 11.30 pagi, seramai 6 orang peserta telah mengikuti sesi rakaman Taklimat Pembelian Dalam Talian di NADI Bengoh. Program ini dijalankan dalam dua sesi berasingan dengan penyertaan 3 orang peserta bagi setiap sesi.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang amalan pembelian dalam talian yang selamat bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Peserta turut didedahkan kepada konsep 5S Pembelian Dalam Talian, iaitu Semak, Selidik, Selamat, Simpan dan Stop, sebagai panduan sebelum membuat sebarang urusan pembelian secara dalam talian.

Selain itu, peserta juga diberikan penerangan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan, termasuk menghubungi NSRC 997, memaklumkan kepada pihak bank, membuat laporan kepada PDRM, mengemukakan aduan kepada KPDN, serta melaporkan akaun atau laman web yang mencurigakan kepada MCMC. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu peserta menjadi pengguna internet yang lebih berwaspada dan berhemah ketika melakukan pembelian dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali